Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara agensi dengan lebihan semasa tertinggi yang menyumbang kepada pencapaian 2023 ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM 41.3 bilion. Foto fail Bernama

Dewan Rakyat: 97 agensi di bawah MOF rekod peningkatan lebihan semasa selepas cukai, zakat

ByKuan Thai Far

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menunjukkan 97 agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) telah menunjukkan peningkatan lebihan semasa selepas cukai dan zakat.

Menteri Kewangan II , Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia membabitkan peningkatan daripada RM55.8 bilion ringgit pada 2022 kepada RM73.9 bilion ringgit pada 2023.

Jelas beliau antara agensi dengan lebihan semasa tertinggi yang menyumbang kepada pencapaian 2023 ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM 41.3 bilion, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dengan RM 9.6 bilion , Bank Negara Malaysia (RM7.2 bilion) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebanyak RM3.1 bilion.

“Namun tujuh syarikat subsidiari KWAP telah mencatatkan kerugian pada 2023 sebanyak RM80 juta. KWAP kategorikan kerugian tersebut kepada tiga kategori iaitu struktur modal, kemerosotan nilai hartanah komersial 100 Cheapside di United Kingdom dan
penurunan adar penghunian di bangunan Menara Capsquare, Kuala Lumpur,” katany.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai penyata kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, untuk KWSP pula, Amir Hamzah memaklumkan terdapat sembilan syarikat subsidiari di bawah KWSP mengalami kerugian pada 2023.

“Namun syarikat subsidiari tersebut telah mengambil langkah positif dan memulihkan keadaan serta mendapat pulangan positif mulai 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan