Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba berbasikal trek negara Yeong Zhen Yi ketika beraksi pada acara akhir Pursuit Individu Wanita Elit sempena Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional hari ini. Foto Bernama

ATC 2025: Malaysia tutup tirai dengan pingat gangsa kejar-mengejar wanita elit

ByBernama

NILAI, 27 Feb: Pelumba negara Yeong Zhen Yi mengutip pingat gangsa dalam acara kejar-mengejar wanita elit untuk menamatkan cabaran Malaysia pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional di sini.

Pada aksi final hari ini, atlet berusia 22 tahun itu terpaksa akur di tempat ketiga di belakang pelumba Korea Selatan Shin Ji-eun, manakala pingat emas dimenangi pelumba Jepun Maho Kakita.

Zheng Yi berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan menaiki podium pada penampilan pertamanya di ATC.

“Saya puas hati dengan persembahan saya kerana saya berjaya buat lebih baik pada final berbanding pusingan kelayakan pagi tadi.

“Ini juga pingat pertama saya dalam acara trek kerana sebelum ini saya hanya beraksi dalam acara lebuh raya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, skuad berbasikal trek para negara berjaya meraih dua lagi tambahan pingat emas pada hari terakhir ATC 2025.

Pingat emas itu diraih dalam acara perlumbaan penyingkiran dan scratch lelaki C1 menerusi Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Ahmad Zharif Ahmad Nazri dalam acara scratch C5. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan