Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Klebang di sini awal pagi tadi.Foto APMM

APMM tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

ByBernama

MELAKA, 27 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Klebang di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Melaka dan Negeri Sembilan Komander Maritim Norrimi Hassan berkata kapal berkenaan dikesan pada 12.30 pagi ketika bersauh di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat daya Klebang tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Pemeriksaan lanjut mendapati buku pelaut kru kapal telah tamat tempoh dan susulan itu, kapal berkenaan ditahan kira-kira 1 pagi.

“Nakhoda dan ketua jurutera kapal, kedua-duanya warga Indonesia dibawa ke Jeti APMM Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norrimi berkata semua pengendali kapal diingatkan supaya mematuhi peraturan bagi mengelakkan tindakan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah maritim atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi APMM Melaka dan Negeri Sembilan menerusi talian 06-3876730 atau MERS 999,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan