Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan khas selama sehari ke Brunei, semalam. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan khas selama sehari ke Brunei, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pagi tadi.

“Terdahulu, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim,” menurut hantaran itu.

Semalam, dilaporkan lawatan khas Seri Paduka Baginda berkenaan mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dengan Brunei, yang telah terjalin lebih 40 tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan