Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani ketika diwawancara TVS pada Majlis Pengumuman Skim Baharu Yayasan Peneraju di sini, hari ini. Foto TVS

Yayasan Peneraju sasar 20 peratus penyertaan Bumiputera Sarawak dalam skim pembiayaan pendidikan baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Yayasan Peneraju memperkenalkan skim pembiayaan pendidikan fleksibel baharu bertujuan untuk meluaskan skop Bumiputera dalam pembangunan bakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, skim baharu itu menawarkan sistem peringkat berstruktur dengan tiga pilihan fleksibel iaitu emas, perak dan platinum dengan pembiayaan sehingga RM150,000 kepada pemohon yang layak.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan penyertaan seramai 7,200 bakat Bumiputera dalam insiatif itu dengan 20 peratus daripadanya adalah dari Sarawak.

“Apabila kita membuat pemetaan dan pola untuk menentukan industri apa yang diperlukan pasaran untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan ini, kita telah mendapati bahawa Sarawak memerlukan pelbagai jenis pekerjaan yang perlu diisi pada kadar segera.

“Maka dengan itu kami sebagai sebuah agensi peringkat persekutuan di bawah Kementerian Ekonomi ingin membantu Kerajaan Sarawak untuk memastikan bahawa bakat-bakat yang diperlukan mendapat latihan yang diperlukan untuk memastikan kekosongan ini dapat dipenuhkan pada kadar segera,” katanya ketika diwawancara TVS pada Majlis Pengumuman Skim Baharu Yayasan Peneraju di sini, hari ini.

Hadir bagi merasmikan majlis itu ialah Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya telah memulakan langkah secara agresif dalam mendapatkan lebih ramai penyertaan daripada Bumiputera Sarawak sejak tahun lepas bagi menarik minat mereka untuk memohon skim-skim yang diperkenalkan oleh Yayasan Peneraju.

Dalam pada itu, mengulas mengenai skim baharu itu, Ibrahim berkata, bagi pensijilan profesional seperti perakaunan, Chartered Financial Analyst (CFA) ataupun Management Professional (PMP), pemohon yang layak akan diberikan bantuan pembiayaan sehingga RM150,000.

“Manakala, bagi bidang teknologi pula, kita menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan memberikan pendidikan ataupun pensijilan di dalam sektor (bidang) sekuriti siber, pengurusan data, data analisis dan lain-lain,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, skim itu terbuka kepada Bumiputera Malaysia berumur 16 tahun ke atas, sama ada bekerja atau tidak bekerja dengan mereka yang berminat boleh melayari laman web www.peneraju.org untuk mendapatkan maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan