Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan (dua,kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing (tiga, kiri), Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Chua Choon Hwa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot pada Pelancaran Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di Dadi Cinema, Pavilion hari ini. Foto Bernama

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing berkata bagi tujuan itu, Tourism Malaysia dan pihak produksi yang terlibat diminta meneruskan kerjasama dengan semua negeri untuk menambah baik video promosi dari semasa ke semasa.

“Setiap suku tahun kita akan minta naik taraf video (kerana) kemungkinan ada destinasi baharu atau pakej baharu (yang ditawarkan), jadi kita akan minta naik taraf.

“(Pembikinan video) ini sudah lama sejak tahun lepas…kita mahu tonjolkan yang Malaysia mengalu-alukan semua, dan kita mempunyai banyak destinasi serta pakej pelancongan menarik sebagai pilihan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran video promosi VM2026 berdurasi 35 minit, di Pavillion hari ini.

Tiong juga berharap pembikinan video promosi berkenaan tidak dipolitikkan dan menyatakan kesediaan untuk mengambil sebarang komen positif daripada semua pihak dalam membantu memperkasakan industri pelancongan negara.

Terdahulu, dalam ucapan pelancaran yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Tourism Datuk P Manoharan, Tiong berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan sektor pelancongan terus berkembang, menarik lebih ramai pelancong, serta membawa limpahan ekonomi berterusan untuk negara.

“Kejayaan VM2026 bukan hanya bergantung kepada video promosi semata-mata. Sokongan berterusan serta penyertaan aktif daripada semua pihak – pemain industri pelancongan, sektor swasta dan seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama menjadi duta pelancongan negara, memastikan setiap pelancong yang datang ke Malaysia membawa pulang pengalaman indah, serta berkongsi keunikan negara kita dengan dunia,” katanya yang mengalu-alukan kerjasama rakan media serta penggiat industri untuk membantu menyebarluaskan video promosi ini di platform masing-masing.

Sebelum ini, Tiong ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat menjelaskan kos keseluruhan video promosi VM2026 adalah sebanyak RM1.9 juta melibatkan pengumpulan 200 video pendek dan melalui tender terbuka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan