Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-9 Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Santubong hari ini. Foto NADIM BOKHARI (TVS)

Sarawak fokus pembangunan sektor Aeroangkasa sokong penubuhan AirBorneo

ByMadeline Dugat

KUCHING, 26 Feb: Sarawak kini memfokuskan kepada pembangunan sektor aeroangkasa sebagai salah satu usaha utama dalam memperkukuhkan ekonomi negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, Sarawak memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong penubuhan syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo.

“Kita memerlukan rakyat Sarawak yang berkemahiran dalam bidang penerbangan, kejuruteraan dan teknologi untuk menyokong operasi AirBorneo.

“Kita bukan sahaja memerlukan juruterbang, tetapi juga jurutera untuk menyenggara enjin pesawat. Kita juga memerlukan petugas pengendalian darat yang mahir dengan teknologi terkini untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,” katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen Ke-9 Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Santubong hari ini.

Abang Johari menjelaskan bahawa memiliki syarikat penerbangan adalah langkah strategik untuk memastikan Sarawak lebih mudah dihubungkan dengan dunia luar.

“Kita tidak boleh membina jambatan merentasi Laut China Selatan dari Kuching ke Singapura atau Kuala Lumpur. Itulah sebabnya kita memerlukan ‘jambatan itu’ yang dipanggil AirBorneo.

“Pada peringkat awal, syarikat penerbangan ini akan terbang ke Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta dan akan mengembangkan laluan secara berperingkat ke negara-negara lain termasuk Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong,” ujarnya.

Dengan penubuhan AirBorneo, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk meningkatkan infrastruktur lapangan terbang di negeri ini, dengan projek lapangan terbang antarabangsa moden di Tanjung Embang yang dijadualkan siap dalam tempoh lima tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan