Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Prabowo Subianto pada Rabu secara rasmi melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.  Foto Prabowo Subianto (FB)

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 26 Feb: Presiden Prabowo Subianto pada Rabu secara rasmi melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Berucap pada majlis di Jakarta Pusat, Prabowo menyatakan bahawa perkhidmatan perbankan bulion baharu yang ditawarkan oleh PT Pegadaian dan Bank Syariah Indonesia dijangka menyumbang IDR 245 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baharu.

“Indonesia yang memiliki rizab emas keenam terbesar di dunia, buat pertama kalinya akan mempunyai bank bulion. Kami berharap ini akan mempercepat simpanan dan meningkatkan rizab emas negara,” katanya, dengan acara itu disiarkan secara langsung oleh Sekretariat Presiden.

Menurut Prabowo, pengenalan perkhidmatan perbankan bulion dijangka mengoptimumkan industri pemprosesan emas Indonesia dari huluan ke hiliran, menjimatkan pertukaran asing serta menjadi alat kawalan kestabilan monetari melalui kecairan emas.

Beliau turut menekankan bahawa pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun.

Penubuhan perkhidmatan perbankan bulion itu mengikut Peraturan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan No. 17 Tahun 2024, yang menetapkan syarat ekuiti minimum sebanyak IDR 14 trilion bagi institusi yang terlibat dalam perniagaan bulion.

Bank Syariah Indonesia menerima lesen pada 12 Feb 2025 manakala PT Pegadaian memperoleh lesennya pada 23 Dis 2024.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan