Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini. Foto hiasan Envato

Mayat kanak-kanak 19 bulan ditemukan di tebing sungai berhampiran rumah

ByBernama

TANAH MERAH, 26 Feb: Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dijumpai oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.15 petang dengan jarak tiga kilometer dari rumahnya.

“Operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu bermula pada 10.15 pagi melibatkan anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Nur Rahimi Muaz Ramli, 30, ketika dihubungi berkata mereka sekeluarga menghargai jasa dan sumbangan serta pertolongan yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha mencari Hud Aryan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan