Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Masyarakat Beluru hari ini. Foto Mohamad Faisal Rambli (TVS)

Masyarakat Beluru diseru jaga keharmonian, perpaduan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 26 Feb: Masyarakat berbilang kaum di daerah Beluru diseru untuk terus memelihara keharmonian dan perpaduan demi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil menegaskan perpaduan ini bukan sahaja untuk kesejahteraan setempat tetapi juga menjadi pencetus kemajuan Sarawak secara keseluruhan.

“Tahun ini kita kumpulkan orang Lapok, Beluru dan semua kaum Cina di daerah ini untuk meraikan Tahun Baharu Cina di Dewan Masyarakat Beluru. Jadi kalau kita lihat di belakang sana, ini adalah salah satu cara untuk kita tunjukkan keprihatinan kepada masyarakat.

“Kita ada Orang Ulu, kita ada Iban, kita ada Melayu dan kita juga ada kaum Cina. Jadi inilah satu-satunya kelebihan kerajaan pada hari ini yang dipimpin Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita ini adalah pemimpin untuk semua masyarakat tidak kira bangsa, agama dan juga latar belakang,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Masyarakat Beluru hari ini.

Penguang yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merayu agar masyarakat Tiong Hua terus berganding bahu dengan kaum-kaum lain dalam memelihara keharmonian negeri.

“Jadi seperti mana yang saya cakapkan tadi, hari ini adalah satu sejarah bagi kaum Cina di daerah Beluru ini. Ini adalah satu petunjuk kepada perpaduan dan keharmonian kita, itu adalah sangat membanggakan.

“Kepada masyarakat Cina di Beluru ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah sebab seperti yang saya cakap tadi ini adalah satu sejarah. Pada hari ini juga, saya melihat bahawa ramai daripada kaum lain (yang datang).

“Barangkali ini adalah pertama kali mereka melihat tarian singa dan tarian naga. Saya sangat terharu, kerana kita mempunyai bakat yang tidak kurang daripada bangsa lain ataupun tempat lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Penguang berhasrat untuk menganjurkan Rumah Terbuka Gawai 2025 di dewan tersebut bagi meraikan seluruh masyarakat setempat khususnya di kawasan berkenaan.

“Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Gawai yang akan datang tetapi hari bulan saya belum tentukan lagi. Jadi, saya berhajat untuk mengadakan Gawai Open House di Dewan Masyarakat ini.

“Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat berkunjung kerana pada tahun lepas, saya adakan (rumah terbuka) di rumah, itu pun tidak cukup (memuatkan semua pengunjung).

“Kita perlu mengubah tempat dan saya akan cuba mengadakan Rumah Terbuka Gawai di dewan masyarakat ini. Tetapi tarikhnya saya belum tentukan lagi,” jelasnya lagi.

Dalam ucapannya, Penguang turut merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Cina di Beluru dan Lapok, serta para tetamu dari Marudi, Long Lama dan Miri atas sokongan mereka terhadap Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 yang diadakan di Dewan Masyarakat Beluru.

Katanya, sambutan meriah itu bakal menjadi sejarah dan kenangan indah buat seluruh rakyat Beluru.

Beliau berharap acara sedemikian dapat diteruskan di masa hadapan, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan di kalangan penduduk setempat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan