Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan 2025. Foto: Afiq Johari

Kerajaan pertimbang tubuh jawatankuasa selesai isu peruntukan pembangkang

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang terlebih dahulu hendaklah mencapai konsensus berhubung perkara itu.

Jelas beliau, cadangan itu juga perlu diteliti secara keseluruhan dan memerlukan perbincangan lanjut.

“Kita bincang dan tubuhkan jawatankuasa untuk memperhalusi segala cadangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan 2025, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memberitahu sehingga kini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sahaja yang sudah menemuinya untuk berunding mengenai peruntukan tersebut.

Fadillah bagaimanapun berkata, dalam rundingan tersebut, Syed Syaddiq hanya mewakili dirinya sahaja, bukan keseluruhan Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

“Banyak cadangan dikemukakan oleh Syed Saddiq, beliau (cuba) mewakili pembangkang tetapi beliau hanya mewakili dirinya kerana pembangkang sudah ada Ketua Pembangkang. Jadi, kita akan lihat secara keseluruhan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong dirinya bagi mendapatkan peruntukan.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya supaya Ahli Parlimen pembangkang berunding dengan Fadillah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat perbincangan bagi isu peruntukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan