Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) keika sesi soal jawab di Forum Masa Depan Asean kali kedua di sini hari ini. Turut beresama, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh (kanan). Foto Bernama

Kepusatan ASEAN keistimewaan yang perlu diraih berterusan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Kepusatan ASEAN adalah suatu keistimewaan yang perlu diraih dan dikekalkan secara berterusan oleh 10 negara anggota dalam dunia yang semakin ditentukan oleh perubahan dinamik geopolitik dan kepentingan negara yang pelbagai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sering mendengar seruan untuk ASEAN memperkukuh dan memperteguh kepusatan supaya dapat terus melaksanakan autonomi strategiknya.

“Bagaimanapun ASEAN perlu sentiasa sedar bahawa kepusatan bukanlah suatu hak, tetapi suatu keistimewaan yang perlu diraih dan diperoleh semula dalam konteks perubahan luar jangka,” kata beliau pada Forum Masa Depan ASEAN di Hanoi, Vietnam pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kepusatan ASEAN hanya memberi impak kecil sekiranya tidak wujud perpaduan dalam kalangan negara anggota “apabila kita membiarkan perbezaan dalaman dan keutamaan menyebabkan kita tidak bersepakat.”

“Kita amat bertuah memandangkan kita berada di rantau paling aman di dunia, dan ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.

“Dalam era persaingan dan perbezaan ini, ASEAN perlu bersinar, memupuk kawasan yang mampan, harmoni dan dinamik secara ekonomi,” kata Perdana Menteri.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan Malaysia terhadap kemakmuran adalah dengan menekankan kemampanan dan pembangunan ekonomi yang saksama sebagai tonggak utama kerjasama bersama.

“Kita perlu komited untuk memastikan bahawa tiada negara dalam ASEAN yang ketinggalan dalam usaha mencapai pertumbuhan ekonomi.

“Kekuatan ASEAN terletak kepada keupayaannya untuk bersatu menerusi dialog dan bertindak sebagai blok ekonomi yang mantap, memanfaatkan potensi kolektifnya untuk mengharungi ketidaktentuan pada masa depan,” kata Anwar.

Malaysia adalah pengerusi ASEAN bagi 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan