Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan parang sehingga mangsa kehilangan ibu jari, dua minggu lepas. Foto hiasan Envato

Juruteknik didakwa cederakan lelaki dengan parang sehingga hilang ibu jari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan parang sehingga mangsa kehilangan ibu jari, dua minggu lepas.

G. Lingkam, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Lelaki itu didakwa mencederakan K. Kumaran, 44, di tepi koridor sebuah restoran di Jalan Metro Pudu, Wangsa Maju, di sini pada 2.24 pagi, 12 Feb.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Charanpal Singh yang mewakili Lingkam memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga dan isterinya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Hakim Egusra Ali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan selain menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan