Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan banjir kilat yang menenggelami laluan utama di Jalan Repok, Sarikei, pada awal pagi tadi. Foto WAG

Jalan Repok dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat

BySuara Sarawak

SARIKEI, 26 Feb: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan jalan utama di Jalan Repok di sini dilanda banjir kilat awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.00 pagi itu menyebabkan trafik di laluan tersebut bergerak perlahan.

Menurut penduduk, paras air mula meningkat sekitar jam 5.00 pagi.

Ia membimbangkan orang ramai yang melalui kawasan itu, terutama yang menggunakan kenderaan kecil.

Setakat ini, tiada laporan diterima tentang kemalangan jiwa, namun beberapa rumah di kawasan rendah turut dilaporkan dimasuki air.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu perlahan atau menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan