Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tahun ini menjanjikan fenomena tersendiri buat peminat Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks menerusi penganjuran empat konsert mega melibatkan artis terbabit di negara ini dan Singapura.

Ernie Zakri, Dolla & Insomniacks gegar Singapura tahun ini

PETALING JAYA, 26 Feb: Tahun ini menjanjikan fenomena tersendiri buat peminat Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks menerusi penganjuran empat konsert mega melibatkan artis terbabit di negara ini dan Singapura.

Siri konsert yang bakal dibawakan menerusi kolaborasi eksklusif SAH Entertainment dan Universal Musiz Malaysia itu bagi memberi ruang yang lebih luas buat artis tanah air melebarkan sayap mereka di peringkat rantau. “SAH Entertainment berbesar hati dapat membawa Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks ke pasaran lebih luas. Kerjasama dengan Universal Music Malaysia ini juga menjadi pemangkin dalam menaikkan martabat seni suara negara,” kata Pengarah Urusan SAH Entertainment Sufi Rashid pada sidang media siri konsert berkenaan, di sini hari ini.

Ernie Zakri akan membuka tirai siri konsert berkenaan dengan Ernie Zakri Live In Singapore pada 31 Mei, disusuli Insomniacks Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Julai, DOLLA Live in Singapore pada Ogos dan Insomniacks Live in Singapore pada November.

Konsert di Singapura masing-masing akan berlangsung di Capitol Theatre.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata pihaknya yakin kerjasama tersebut mampu melonjakkan nama ketiga-tiga artis berkenaan dalam industri muzik serantau.

“SAH Entertainment mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam penganjuran konsert, dan kami yakin projek ini bukan sahaja mengangkat bakat tempatan tetapi juga menyumbang kepada perkembangan ekosistem muzik di Asia Tenggara,” katanya.

Pada sidang media sama, pelantun lagu Aura dan Masing-masing, Ernie Zakri meluahkan keterujaan dapat bertemu peminat di Singapura buat pertama kali.

“… pastinya sokongan peminat di Singapura juga sangat luar biasa. Saya tidak sabar mahu ke sana dan ini pasti menjadi pengalaman yang sangat istimewa,” katanya.

DOLLA dan Insomniacks pula menjanjikan persembahan terbaik pada konsert solo antarabangsa pertama mereka itu.

Maklumat lanjut tentang tiket boleh didapati di laman media sosial rasmi SAH Entertainment. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan