Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pengendali syarikat yang mengangkut barangan melebihi had muatan yang ditetapkan. Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: MOT tidak kompromi terhadap pengendali syarikat pengangkutan dengan muatan berlebihan

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pengendali syarikat yang mengangkut barangan melebihi had muatan yang ditetapkan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, MOT telah membawa beberapa kes ke mahkamah sebagai amaran kepada pengendali syarikat supaya tidak mengangkut barangan melebihi had muatan yang ditetapkan.

“Memang ada beberapa kes yang kita bawa ke mahkamah untuk memberikan satu isyarat yang kuat dan tegas kepada pengendali supaya tidak membawa barangan melebihi had muatan yang ditetapkan,” katanya ketika sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, MOT kini mempertimbangkan untuk meluaskan tanggungjawab kepada pemilik kargo, di mana mereka juga boleh dikenakan tindakan jika didapati membenarkan barangan mereka dibawa dengan muatan berlebihan.

Dalam pada itu, berhubung perancangan MOT dalam pelaksanaan High Speed-Weigh In Motion (HS-WIM), beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses perolehan mesin dan kamera berkaitan.

“Ini merupakan satu pendekatan yang kementerian akan ambil kira untuk dilaksanakan supaya pemasangan sistem Weight in Motion ini lebih efisien untuk memantau pergerakan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan,” katanya.

Beliau turut berharap dengan adanya pendekatan ini, kadar kenderaan yang membawa muatan berlebihan dapat dikurangkan dan keselamatan jalan raya dapat ditingkatkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan