Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Dewan Rakyat: Isu perbezaan caj rawatan hospital swasta perlu kajian terperinci

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj rawatan hospital swasta antara pesakit yang menggunakan surat jaminan (Guarantee Letter) dan tuntut kemudian (Pay and Claim) serta langkah susulan yang boleh diambil.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, berdasarkan kajian ke atas bil tuntutan hospital swasta kepada syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO), terdapat kes-kes tertentu yang menunjukkan jumlah kos rawatan yang lebih tinggi ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan berbanding pesakit yang bayar dahulu dan tuntut kemudian.

“Memandangkan caj rawatan yang dikenakan adalah kurang telus, kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj ini serta langkah-langkah susulan yang boleh diambil,” katanya ketika menjawab soal Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berhubung perbezaan caj hospital swasta mengikut Pay and Claim dan Guarantee Letter di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim memberitahu, kerajaan peka terhadap isu tersebut, termasuk terhadap pengalaman rakyat yang disuarakan semasa sesi pendengaran adalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi tindakan bersepadu semua pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Kewangan, hospital swasta dan pihak ITO bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang dan akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk tangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta.

“Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim. Pelan tindakan bersepadu ini telahpun dibentangkan ke PAC,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan