Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China dijangka memperkenalkan penggunaan bateri keadaan pepejal untuk kenderaan elektrik (EV) pada 2027 dan memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang 2030. Foto hiasan Envato

China dijangka perkenal bateri keadaan pepejal menjelang 2027

ByBernama

BEIJING, 26 Feb: China dijangka memperkenalkan penggunaan bateri keadaan pepejal untuk kenderaan elektrik (EV) pada 2027 dan memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang 2030.

Menurut kumpulan pemikir China EV100, berbanding bateri ion litium yang digunakan dalam kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa ini, bateri keadaan pepejal mempunyai tahap keselamatan dan ketumpatan tenaga lebih tinggi, jangka hayat perkhidmatan lebih lama serta kelajuan pengecasan lebih pantas.

Sejak separuh kedua 2024, permohonan paten melibatkan bateri berkenaan meningkat pesat di China dengan jumlahnya mencatat tiga kali ganda berbanding Jepun.

Sementara itu, syarikat pengeluar bateri kenderaan utama di China mula memberi tumpuan kepada teknologi bateri keadaan pepejal yang menggunakan sulfida sebagai elektrolit utama.

Menurut jangkaan pakar, bateri keadaan pepejal akan menjadi industri lengkap sekitar 2027 atau 2028.

Dalam perkembangan lain, banyak syarikat automobil China kini dilihat aktif memanfaatkan aplikasi DeepSeek untuk memperkukuh kedudukan dalam bidang pemanduan pintar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan