Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di Forum Masa Depan Asean kali kedua di sini hari ini. Foto Bernama

ASEAN perlu bina rantaian bekalan kukuh ketika berdepan cabaran geostrategik- PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: ASEAN perlu membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh dan berdaya tahan di rantau ini untuk menghadapi cabaran geostrategik yang semakin hampir, contohnya tarif yang baru dikenakan Amerika Syarikat dan tarif balas oleh negara yang terlibat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun sesetengah pihak mungkin berpandangan bahawa ASEAN boleh meraih manfaat apabila rantaian bekalan global diselaraskan semula dan mencari kepelbagaian, realitinya jauh lebih kompleks.

“Persoalannya kekal sama: bolehkah ASEAN benar-benar memanfaatkan perubahan ini, atau adakah kita akan terperangkap dalam persaingan kuasa besar?

“Dalam apa-apa sahaja keadaan, kita perlu memastikan bahawa sebarang keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan diagihkan secara adil dalam kalangan negara anggota dan tidak menjejaskan lagi jurang sedia ada,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN 2025 di Hanoi, Vietnam pada Rabu.

Menyifatkannya sebagai era persaingan dan perbezaan, Anwar berkata blok 10 negara anggota ini perlu menerima pakai model baharu integrasi perdagangan seiring dengan trend global ke arah kelestarian alam sekitar.

“Jurang pembangunan ekonomi di seluruh rantau kita amat ketara — sebagai contoh, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita bagi sesetengah negara anggota ASEAN adalah lebih 34 kali ganda daripada yang lain — satu cabaran yang mesti kita tangani secara kolektif.

“Kita perlu komited untuk memastikan bahawa tiada negara dalam ASEAN yang ketinggalan dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan