Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh belas orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan lawatan sambil belajar sebuah perbandaran dari Wilayah Bueng Kan terbalik ketika menuruni Bukit Phu Thon di Prachinburi, timur Thailand, awal pagi Rabu. Foto hiasan Envato

17 maut, puluhan cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand

ByBernama

BANGKOK, 26 Feb: Tujuh belas orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan lawatan sambil belajar sebuah perbandaran dari Wilayah Bueng Kan terbalik ketika menuruni Bukit Phu Thon di Prachinburi, timur Thailand, awal pagi Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) apabila bas yang bertolak dari Daerah Phon Charoen hilang kawalan di selekoh ketika dalam perjalanan ke Wilayah Rayong.

Menurut Polis Lebuh Raya Thailand, laporan awal mengesahkan 17 kematian serta ramai yang cedera.

“Petugas penyelamat daripada Yayasan Sajja Kabin Buri telah membawa mangsa cedera ke Hospital Na Di dan Hospital Kabin Buri untuk rawatan,” menurut kenyataan Polis Lebuh Raya pada Rabu.

Media tempatan melaporkan bahawa tiga bas bergerak secara konvoi dalam rombongan lawatan sambil belajar ke Rayong. Bas yang terbabit dalam nahas adalah kenderaan dua tingkat berhawa dingin dan merupakan bas ketiga dalam konvoi itu.

Pegawai Daerah Na Di Somjai Phutthasena yang melawat lokasi kejadian berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan