Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah berucap pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN 2025 di ibu negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Sektor perbankan berperanan sebagai pemimpin dalam ekonomi hijau

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Peranan sektor perbankan dan kewangan disifatkan telah berkembang kerana tidak lagi tertumpu kepada pemberi pinjaman sebaliknya memainkan tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sektor perbankan kini memimpin penyelesaian kewangan yang tersusun, mengurangkan risiko terhadap projek hijau dan menyokong peralihan perniagaan ke arah kemampanan.

“Apabila kita bergerak ke arah peralihan tenaga dan kemampanan serta kehadiran teknologi baharu, jadi sektor pembiayaan perlu memimpin.

“Memimpin itu bukan lagi berlandaskan sistem perbankan tradisional sebaliknya mereka perlu kreatif dan inovatif, supaya peranan sesuai dengan keperluan pemain industri dan hala tuju kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, sekiranya sektor perbankan terus menggunakan pendekatan konservatif, ia menyukarkan negara untuk mencapai apa yang telah digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

“Pembiayaan sektor perbankan mestilah berpatutan dan ia harus mampan. Kemudian barulah ada keselamatan dari segi bekalan tenaga dan sebagainya.

“Ini adalah perkara yang perlu kita fokuskan. Saya harap di Malaysia khususnya, sektor perbankan lebih kreatif dengan menerajui perniagaan pinjaman,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Fadillah berkata, Malaysia komited dalam mencapai jaringan sifar pelepasan menjelang 2050, namun menegaskan negara memerlukan institusi kewangan untuk melangkah ke hadapan

Fadillah menjelaskan, ia bukan semata-mata model pinjaman tradisional, tetapi dengan mekanisme pembiayaan inovatif yang menjadikan projek tenaga berskala besar dapat dilaksanakan dengan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan