Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata pertemuan itu diadakan di ibu pejabat NEDO di Kawasaki, Jepun yang menyaksikan delegasi Sarawak diketuai oleh Timbalan Setiausaha Negeri Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel manakala NEDO diwakili Pengarah Eksekutifnya Dr Iimura Akiko. Foto: UKAS

Sarawak, NEDO Jepun bincang potensi kerjasama pembangunan tenaga mampan

KUCHING, 25 Feb: Kerajaan negeri Sarawak dan Pertubuhan Pembangunan Tenaga Baharu dan Teknologi Perindustrian Jepun (NEDO) mengadakan satu sesi dialog pada Selasa bagi meninjau potensi kerjasama dalam tenaga mampan dan pembangunan perindustrian.

Dalam kenyataannya, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata pertemuan itu diadakan di ibu pejabat NEDO di Kawasaki, Jepun yang menyaksikan delegasi Sarawak diketuai oleh Timbalan Setiausaha Negeri Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel manakala NEDO diwakili Pengarah Eksekutifnya Dr Iimura Akiko.

Kedua-dua pihak telah menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mencapai masa depan mampan manakala Muhammad Abdullah menegaskan komitmen Sarawak terhadap inisiatif hijau serta kerjasama lanjut dengan NEDO.

“Selain itu, NEDO mengetengahkan gambaran keseluruhan projek maju dan usaha pembangunan antarabangsa dalam bidang utama seperti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon; teknologi hidrogen dan amonia; sumber tenaga boleh baharu (TBB) dan ekonomi kitaran,” katanya.

Delegasi Sarawak pula menyenaraikan inisiatif negeri serta rangka kerja pembangunan semasa berkaitan pelan tindakan kemampanan, strategi peralihan tenaga dan matlamat peralihan sifar bersih.

“Pembentangan itu mempamerkan dedikasi Sarawak untuk menjadi peneraju aspek kelestarian alam sekitar dan TBB, termasuk teknologi hijau.

“Perbincangan itu turut menekankan kepentingan sokongan sedia ada NEDO untuk projek mikroalga di Sarawak yang bertujuan menghasilkan bahan api penerbangan mampan, sekali gus membuktikan kerjasama yang berterusan,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan