Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ajidin Salleh (duduk, tengah) bersama barisan pentadbiran tertinggi Jabatan Penjara Malaysia dan Pemangku Pegawai Memerintah Penjara Maraburong Fasa 3, Pemangku Penguasa Penjara Hamdani Mohd Salleh (duduk, paling kiri). Foto Mohamad Faisal Rambli (TVS)

Malaysia, Brunei teroka kerjasama perkukuh sistem keadilan jenayah

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 25 Feb: Malaysia dan negara jiran, Brunei Darussalam sedang mengintai peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam sistem keadilan jenayah, terutama dalam bidang pengurusan kepenjaraan, rehabilitasi banduan, serta program latihan dan pemulihan.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ajidin Salleh, ia termasuk aspek pelaksanaan sistem parol dan pelepasan banduan secara lesen yang kini sedang diteroka oleh kerajaan Brunei.

“Sebenarnya kerjasama ini telah banyak kita teruskan dan insya-Allah mungkin dalam masa mendatang kita boleh lihat kerjasama dari aspek pelaksanaan sistem parol dan saya percaya Kerajaan Brunei sedang meneroka, saya rasa sedang di peringkat akhir mungkin, pelaksanaan sistem parol dan pelaksanaan pelepasan banduan secara lesen yang telah dilaksanakan di negara kita.

“Kerjasama dalam aspek pertukaran kepakaran, pembangunan modal insan serta penggunaan teknologi moden dalam sistem pemantauan dan pemulihan banduan juga boleh dipertimbangkan dalam mengukuhkan lagi sistem yang lebih berkesan dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia – Brunei Darussalam di Kompleks ICQS Sg Tujoh di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang banduan yang menjalani hukuman sejak 2019 di Penjara Pusat Miri telah dipindahkan ke negara asalnya, Brunei Darussalam.

Ia merupakan pemindahan pertama yang dilaksanakan selepas pemeteraian Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan antara kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam pada 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan