Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pada fasa awal pelaksanaan, seramai 548 pembantu guru MySTEP akan ditempatkan di sekolah menengah yang mempunyai 1,500 murid atau lebih serta di tujuh Sekolah Menengah Pendidikan Khas. Foto fail Bernama

KPM perkenal MySTEP di 274 sekolah menengah kurangkan beban guru

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif Pembantu Guru Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) di 274 sekolah menengah seluruh negara sebagai langkah memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pada fasa awal pelaksanaan, seramai 548 pembantu guru MySTEP akan ditempatkan di sekolah menengah yang mempunyai 1,500 murid atau lebih serta di tujuh Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

“Inisiatif ini adalah antara usaha KPM bagi memastikan isu yang terkait dengan beban tugas guru dapat ditangani, sekali gus meningkatkan kesejahteraan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata inisiatif ini merupakan kali pertama dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah KPM untuk meringankan beban tugas guru, membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) di bilik darjah.

Semalam, ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja bagi KPM di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa usaha ini selaras dengan komitmen kementerian dalam memperkasakan ekosistem pendidikan dan memastikan kesejahteraan tenaga pengajar terus diberi keutamaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan