Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ajidin Salleh ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia - Brunei Darussalam di Kompleks ICQS Sg Tujoh, Miri hari ini. Foto Mohamad Faisal Rambli (TVS)

Kerjasama dua negara jayakan pemindahan antarabangsa banduan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 25 Feb: Malaysia dan Brunei Darussalam melalui Jabatan Penjara telah menjalinkan kerjasama menjayakan proses pemindahan antarabangsa banduan buat julung kalinya.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ajidin Salleh berkata, pemindahan itu dilaksanakan berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 (Akta 754).

“Kita menyerahkan seorang banduan yang ditahan di Penjara Miri, Sarawak dan akan dipindahkan berdasarkan Perjanjian Pemindahan Banduan Antarabangsa antara Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Penjara Brunei Darussalam hari ini.

“Walaupun seorang tetapi ia merupakan titik tolak kepada kerjasama dalam bidang pemulihan banduan khususnya. Jadi, ini merupakan tindakan kita supaya proses pemulihan itu lebih cenderung kepada budaya dan pemulihan di penjara asal.

“Yang pastinya proses mengembalikan mereka kepada masyarakat dan keluarga telah bermula di dalam tahanan lagi berbanding daripada kalau mereka diteruskan menjalani hukuman di Malaysia dan cuma akan bebas pada hari pembebasan,” katanya.

Majlis serah terima pemindahan banduan itu berlangsung di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh di sini, hari ini.

Menurut Ajidin, pemindahan itu membolehkan banduan menjalani hukuman berdekatan dengan keluarga mereka, sekali gus mempercepatkan proses penyesuaian sosial selepas pembebasan.

Ia juga merupakan hasil Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan yang ditandatangani oleh Malaysia dan Brunei Darussalam pada 3 Ogos 2023.Selain Brunei, Malaysia juga telah memeterai perjanjian serupa dengan Ukraine dan Iran.

Pemindahan antarabangsa itu kata Ajidin, adalah bagi membolehkan banduan warga asing yang layak menjalani baki hukuman di negara asal mereka melalui proses pemindahan antarabangsa banduan.

Ia katanya, dapat memberi manfaat dari segi pemulihan, sokongan keluarga dan penyesuaian sosial apabila mereka kembali kepada masyarakat.

Selain itu, ia juga mencerminkan keprihatinan kedua-dua kerajaan dalam memastikan kebajikan dan hak banduan tetap terpelihara di bawah sistem keadilan jenayah kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan harapan agar kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan bagi memastikan sistem pemindahan banduan berjalan lebih efisien dan memberi manfaat yang lebih besar kepada semua pihak terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan