Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ir Ts Ahmad Izram Osman bercakap ketika sidang media bersempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Bomba Pahang disini hari ini. Foto Bernama

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac

ByBernama

KUANTAN, 25 Feb: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, berkata pihaknya telah membuat persiapan awal untuk menghadapi musim kemarau ini, bagi memastikan keadaan terkawal.

“Walaupun masih ada banjir kilat di sesetengah tempat, kita perlu beralih dari persiapan banjir kepada persiapan untuk kemarau, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota bomba dan balu anggota yang berhadapan musibah sempena lawatan ke Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Ahmad Izram menjelaskan bahawa musim kemarau ini dijangka akan membawa kebakaran belukar dan tanah gambut, berikutan pengalaman lalu. Oleh itu, pihaknya telah melakukan lawatan dan pemantauan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada kebakaran tersebut.

Pahang merupakan negeri ketiga dalam lawatannya, selepas Kelantan dan Terengganu. Turut hadir, Pengarah JBPM Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Selain itu, Ahmad Izram berkata JBPM juga turut mempertingkatkan kesiapsagaan dalam operasi menyelamat dengan memendekkan waktu respons serta mengenal pasti laluan alternatif bagi memastikan bantuan segera tiba ke lokasi kebakaran.

“Persiapan ini merangkumi seluruh negara termasuk Pahang, seperti di Rompin. Baru-baru ini, kebakaran terbuka dilaporkan di ladang kelapa di belakang kilang MCKIP Gebeng sejak Sabtu lepas. Setakat ini, anggota bomba dari Balai Gebeng berjaya memadamkan api seluas 0.4 hektar dan usaha pemadaman masih diteruskan,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau berkata statistik kematian mangsa lemas sepanjang tempoh MTL pada tahun lepas hingga kini di Pahang, ialah seramai lapan mangsa, kebanyakannya lelaki dewasa dan seorang warga emas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan