Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim Kui Hian (kanan) bercakap kepada pemberita ketika meninjau pusat satelit 'CATH Lab' di Hospital Bintulu, hari ini.

“Jangan bergantung semata-mata pada hospital, jaga kesihatan diri” — Dr. Sim

BySuara Sarawak

BINTULU. 25 Feb: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Hui Kian, menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun Sarawak memiliki pusat perubatan yang berkualiti dan berpatutan, masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan bagi mengelak penyakit kronik seperti sakit jantung.

“Kita mempunyai kemudahan yang baik, tetapi pada masa yang sama, kita perlu menjaga kesihatan diri sendiri.

“Jangan hanya bergantung kepada hospital.

“Rawatan di sini mungkin berpatutan sekarang, tetapi ia bukan murah untuk dikendalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau pusat satelit ‘CATH Lab’ di Hospital Bintulu pada hari ini.

Menurutnya, kerajaan berusaha mengekalkan harga rawatan pada kadar berpatutan, namun rakyat harus sedar bahawa peningkatan kos dalam industri perubatan adalah satu realiti yang tidak dapat dielak.

“Jika bayaran meningkat pada masa akan datang, mungkin ada yang mengeluh, tetapi hakikatnya kenaikan itu sejajar dengan kos sebenar.

“Sebagai contoh, Pusat Perubatan Universiti Malaya baru-baru ini meningkatkan caj rawatannya sebanyak 300 peratus, tetapi ia masih merupakan pusat perubatan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr. Sim menasihatkan rakyat agar memberi perhatian kepada pencegahan penyakit dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman berkala, serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin.

“Kesihatan adalah tanggungjawab kita sendiri.

“Jika kita menjaga diri dari awal, kita bukan sahaja dapat mengelak penyakit, tetapi juga dapat mengurangkan beban kos rawatan pada masa hadapan,” tegasnya.

Dr. Sim turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan, petugas perubatan, dan para penderma yang terus menyokong usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan