Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dr P. Vellapandian dilantik sebagai CEO Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Foto KBSMalaysia (FB)

Dr P. Vellapandian dilantik CEO baharu ISN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dr P. Vellapandian dilantik sebagai CEO Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Vellapandian, 56, yang pernah menyandang pelbagai jawatan penting di ISN menggantikan Ahmad Faedzal Md Ramli yang telah tamat tempoh perkhidmatannya semalam, selepas mula memegang jawatan berkenaan pada 25 Feb 2019.

Pengerusi Lembaga ISN Datuk Marina Chin yang mengumumkan pelantikan itu berkata Vellapandian membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang sains sukan, psikologi sukan, penyelidikan dan pembangunan prestasi atlet.

“Kepakarannya dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi serta pengurusan program sukan elit diyakini akan memacu ISN ke tahap yang lebih tinggi dalam menyokong kecemerlangan sukan negara,” katanya dalam sidang media di ISN di sini hari ini.

Marina berkata pemilihan Vellapandian adalah melalui proses secara terbuka dengan sesiapa sahaja boleh menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Selain menjadi CEO IYRES yang merupakan institut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Vellapandian juga pernah menjadi Pengarah Bahagian Prestasi Sukan ISN dan Ketua Program Podium.

Beliau memiliki ljazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Sukan daripada University of Western Australia serta berkelulusan ijazah sarjana dan sarjana muda dalam sains sukan daripada universiti tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan