Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan jururawat bertugas melaksanakan PICK di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan pada Jun 2021. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: KKM laksana pengambilan 3,228 jururawat tahun ini

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pengambilan seramai 3,228 jururawat pada tahun ini bagi mengisi perjawatan tetap.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengambilan tersebut melibatkan graduan Diploma Kejururawatan daripada institusi pendidikan dalam negara, selain graduan dari Institut Latihan KKM (ILKKM).

Beliau berkata, sehingga 31 Januari lepas, sejumlah 10,679 pelatih sedang menjalani latihan dalam 14 skim perkhidmatan paramedik dan auksiliari di seluruh negara.

“(Sebanyak) 47.8 peratus daripadanya adalah pelatih program Diploma Kejururawatan yang meliputi 5,100 pelatih yang merangkumi 4,367 jururawat pelatih dan 733 jururawat masyarakat (peralihan).

“Antara tahun 2020 hingga 2024, KKM telah membuat pengambilan seramai 19,934 jururawat lantikan tetap dan kontrak. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding bilangan peletakan jawatan jururawat terkumpul bagi tempoh yang sama iaitu seramai 2,141 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau dengan pengambilan jururawat tambahan ini, KKM berharap dapat menangani masalah kekurangan jururawat di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Dr. Dzulkefly menegaskan bahawa kelonggaran syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM)  itu tidak akan menjejaskan kualiti jururawat yang dilahirkan.

Ujarnya, syarat tersebut tidak melibatkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains, dan silibus pembelajaran serta kemahiran analitikal, pemikiran kritikal, serta pemahaman teori masih dikekalkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan