Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir di seluruh negara. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan Persekutuan percepatkan projek tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Kerajaan memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek tebatan banjir khusunya Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok ketika ini menjadi keutamaan.

“Sebelum ini pengambilan tanah (memakan masa) lebih 24 bulan. Kerajaan negeri beri jaminan diselesaikan dalam tempoh enam bulan subaya kita Boleh bergerak selera. Kemudian kita percepatkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perdana Menteri manjawab pertanyaan Syed Saddiq (BEBAS-Muar) yang ingin tahu langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang yang sebelumnya melibatkan tiga fasa digabungkan supaya diselesaikan lebih cepat.

“Ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Thailand dalam membersihkan muara Sungai Golok.

“… tetapi dengan menyegerakannya bermakna tambahan (perbelanjaan) RM2 bilion tetapi pada masa sama apabila kita menyegerakan (berlaku) penjimatan kos sebanyak RM1.7 billion bagi ketiga-tiga fasa PLSB Sungai Golok ,” katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri dengan meningkatkan peruntukan MARRIS untuk projek infrastruktur seperti membina Jambatan Bailey.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menyediakan RM200 juta untuk membantu negeri-negeri yang terjejas banjir termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jadi untuk negeri-negeri termasuk Monsun Timur Laut tambahan RM22.5 juta dalam bantuan makanan dan sokongan logistik disediakan,”-katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan