Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto fail AFP

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman

ByBernama

GEORGE TOWN, 25 Feb: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ASEAN sedang memantau dengan teliti perkembangan rundingan damai antara kedua-dua negara yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“ASEAN telah menyatakan bahawa konflik itu boleh diselesaikan secara aman, dan ini sentiasa menjadi pendirian kami.

“Kami melihat perkembangan semasa sebagai inisiatif yang dimulakan oleh Presiden Trump. Diharapkan perkara itu dapat diselesaikan,” katanya pada sidang media di sini hari ini selepas sesi tinjauan mesra sebagai persediaan Permukiman Menteri Pertahanan ASEA (ADMM).

Trump baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pemimpin Rusia dan Ukraine untuk memulakan rundingan damai serta menamatkan perang yang berlarutan sejak tiga tahun lepas.

Ketika ditanya mengenai perjanjian gencatan senjata yang goyah di Gaza, Mohamed Khaled berkata Malaysia menyokong perjanjian itu dan berharap semua pihak akan terus mematuhinya.

Bagaimanapun, beliau menyedari terdapat pelanggaran gencatan senjata memandangkan keengganan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk memenuhi perjanjian yang telah dicapai.

“Bagi Malaysia, kami jelas mengenai perkara itu. Kami menyokong gencatan senjata dan kami berharap semua pihak mematuhi keputusan gencatan senjata itu.

“Perkara ini antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan ketua-ketua ASEAN yang dijadualkan pada Mei,” katanya.

Permukiman ADMM selama dua hari yang bermula hari ini menghimpunkan menteri pertahanan dan pegawai kanan dari kesemua 10 negara anggota ASEAN serta negeri pemerhati, Timor-Leste. Mesyuarat dua hala juga akan diadakan sempena permukiman itu.

Lebih 150 delegasi, termasuk wakil dari Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri permukiman itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan