Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arab Saudi menekankan keperluan untuk memberi tumpuan terhadap situasi hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab yang diduduki di tengah perkembangan yang sedang berlaku. Foto fail AFP

Arab Saudi tekankan keperluan perkukuh hak asasi manusia di Palestin, wilayah diduduki

ByBernama

RIYADH, 25 Feb: Arab Saudi menekankan keperluan untuk memberi tumpuan terhadap situasi hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab yang diduduki di tengah perkembangan yang sedang berlaku.

Perkara itu disampaikan dalam ucapan Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi (HRC) merangkap ketua delegasi negara itu, Dr Hala bint Mazyad Al-Tuwaijri pada segmen peringkat tinggi sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Beliau menegaskan komitmen Arab Saudi untuk memperkukuh kerjasama dengan mekanisme hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menekankan kepentingan menghormati kepelbagaian nilai serta mengelakkan pemaksaan nilai-nilai terpilih dan unilateral ke atas masyarakat.

Dr Hala turut menekankan keperluan untuk mengiktiraf kepelbagaian budaya dan tamadun serta memanfaatkannya bagi melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan