Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat di Madagascar setakat ini meragut 22 nyawa. Foto hiasan

Angka korban akibat hujan lebat di Madagascar meningkat kepada 22 orang

ByBernama

ANTANANARIVO, Madagascar, 25 Feb: Angka korban akibat hujan lebat yang melanda Madagascar sejak 14 Feb meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua yang memetik laporan terkini Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada Isnin.

Kematian direkodkan di enam wilayah, dengan kebanyakannya berpunca daripada kejadian lemas dan runtuhan. Selain itu, tiga individu dilaporkan cedera.

Kira-kira 20,000 orang terjejas akibat bencana itu, terutamanya di wilayah Analamanga, Menabe dan Vatovavy.

Lebih 13,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan kini ditempatkan di 32 pusat penempatan sementara.

BNGRC turut melaporkan bahawa 3,671 rumah dinaiki air, 15 daripadanya musnah.

Hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang, khususnya di wilayah barat dan selatan Madagascar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan