Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank perdagangan itu memaklumkan keuntungan yang diraih melonjak 35.3 peratus berbanding 2023 dengan jumlah aset dicatatkan pada RM111.8 bilion pada TK 2024. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

AFFIN catat untung sebelum cukai RM701 juta pada 2024

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Kumpulan AFFIN mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM701 juta bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM518.3 juta pada tahun sebelumnya.

Bank perdagangan itu memaklumkan keuntungan yang diraih melonjak 35.3 peratus berbanding 2023 dengan jumlah aset dicatatkan pada RM111.8 bilion pada TK 2024.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata jumlah pinjaman dan pertumbuhan pembiayaan turut meningkat 8.1 peratus kepada RM72 bilion tahun ke tahun, berbanding RM66.7 bilion pada 2023.

“AFFIN akan terus mengukuhkan asasnya dalam pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

“Kejayaan ini mencerminkan pelaksanaan yang berdisiplin Pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28) yang dibina berdasarkan tiga tonggak iaitu perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan, kepimpinan digital, dan perbankan bertanggungjawab berimpak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, AFFIN turut melaksanakan Skim Persaraan Awal pada suku keempat tahun lalu yang melibatkan kos sebanyak RM48.5 juta.

Jelas Wan Razly, skim tersebut juga meningkatkan keuntungan sebelum cukai perniagaan sebanyak 44.6 peratus, kepada RM749.5 juta tahun ke tahun.

“Keuntungan kukuh yang dijana akan dilaburkan semula buat perniagaan untuk mengembangkan lagi Kunci Kira-kira dan meningkatkan keupayaan digital Kumpulan (AFFIN),” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau usaha kumpulan tersebut dalam meningkatkan Margin Faedah Bersih (NIM) menunjukkan hasil awal, dengan Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) melebihi sasaran AFFIN.

“Ini adalah peristiwa penting dalam mengukuhkan asas pembiayaan kami. Pada pada masa sama, AFFIN sedang memajukan perjalanan transformasi digital kami dengan pengenalan baharu Teras Digital dan Aplikasi Mudah Alih AFFIN, dilancarkan pada suku pertama 2025, yang akan melonjakkan pertumbuhan Kumpulan pada 2025,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan