Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dia keluar dari kediamannya di Rumah Luang Empaong, Roban, sejak Ahad lalu.

Warga emas hilang selepas keluar rumah

BySuara Sarawak

SARIKEI, 24 Feb: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dia keluar dari kediamannya di Rumah Luang Empaong, Roban, sejak Ahad lalu.

Jurucakap bomba berkata mangsa dikenal pasti sebagai Kamoi Paun, berusia 69 tahun.

Ketika kejadian, dia dipercayai berjalan kaki menghala ke pasar Roban.

“Selepas kejadian itu, Kamoi tidak kembali semula ke rumah panjangnya.

“Bimbang dengan keselamatan lelaki itu, anggota keluarga kemudian tampil membuat laporan polis.

“Mangsa juga dilaporkan mempunyai masalah kesihatan, pesakit darah tinggi, dan lemah jantung,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bertindak membuat pencarian bersama penduduk rumah Panjang, dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat, dengan menggunakan Teknik ‘base line’ sepanjang laluan jalan hutan ke pekan Roban.

“Bagaimanapun, hingga jam 6.00 petang tadi, kita masih belum menjumpai sebarang petunjuk keberadaan mangsa di sepanjang radius pencarian.

“Susulan itu, operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan dan hari semakin gelap,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan