Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-64 Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2025M, di Dewan Suarah Kota Samarahan, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Umat Islam terbaik berpegang kepada lima prinsip kehidupan

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 24 Feb: Umat Islam terbaik seperti disebut di dalam Al-Quran adalah mereka yang sentiasa mengutamakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ulama menjelaskan umat Islam dituntut berpegang teguh kepada lima prinsip utama dalam kehidupan yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran masyarakat.

“Prinsip yang pertama ialah kita perlu mempertahankan agama kita kerana ini adalah tiang yang memakmurkan umat manusia.

“Perkara kedua adalah mempertahankan corak hidup, nyawa dan juga adab hidup kita dari sudut sosial dan ekuiti yang ada hubung kait melibatkan hubungan sesama manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-64 Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2025M di Dewan Suarah Kota Samarahan, malam ini.

Tambah Abang Johari, prinsip ketiga pula adalah untuk mempertahankan akal dan intelek yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia termasuk berbudi bicara dan berhikmah dalam menghadapi masalah kehidupan.

“Selain itu, prinsip keempat adalah mempertahankan keturunan umat manusia manakala prinsip yang kelima adalah untuk mempertahankan harta benda yang terdapat pada umat Islam,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran kali ini disertai 45 peserta iaitu 12 qari dan 11 qariah serta 15 peserta hafazan lelaki dan tujuh peserta hafazan perempuan dari seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan