Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi UiTM Cawangan Sarawak, yang diketuai oleh Prof. Dr Firdaus Abdullah (tiga kanan), mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, Kuching, baru-baru ini.

UiTM Sarawak jalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri bangunkan industri pelancongan

BySuara Sarawak

KUCHING, 24 Feb: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunkan industri pelancongan negeri melalui pemindahan ilmu, penyelidikan, dan pelaksanaan program strategik.

Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dr Firdaus Abdullah, mengetuai delegasi universiti dalam kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, di sini baru-baru ini.

Turut menyertai delegasi tersebut adalah barisan timbalan rektor dan pegawai kanan UiTM Sarawak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh UiTM Sarawak, pertemuan itu bertujuan memperkukuh hubungan sedia ada antara universiti dengan Kerajaan Negeri, khususnya dalam bidang pelancongan, industri kreatif, pembangunan belia, sukan serta keusahawanan.

Antara perancangan yang dibincangkan adalah penganjuran ‘University Intercultural Exchange (UNITE25): Mapping Sarawak to the World’ yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 21 September tahun ini di Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland.

Selain itu, UiTM Sarawak juga akan menjadi tuan rumah bagi Festival Tari Borneo ke-9 pada November 2025.

UiTM Sarawak turut merancang beberapa program ‘Edutourism’ yang akan melibatkan penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara.

Program ini dilihat sebagai satu usaha memperkukuh sektor pelancongan Sarawak dengan memperkenalkan pengalaman pelancongan berasaskan pendidikan dan kebudayaan.

“Pihak kementerian menyambut baik hasrat UiTM Sarawak, dan bersetuju untuk menyokong pelaksanaan program-program ini dalam usaha meningkatkan industri pelancongan negeri,” kenyataan itu menyebut.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkasakan lagi kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan berdaya saing.

Ia juga dijangka membuka peluang lebih luas kepada pelajar dan penggiat industri tempatan untuk terlibat sama dalam pembangunan sektor pelancongan dan industri kreatif.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan