Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Turkiye, lelaki bersenjata, pemilik restoran, menembak. Foto hiasan Envato

Turkiye: Lelaki ditahan selepas tembak pemilik restoran, jadikan pelanggan tebusan

ByBernama

ISTANBUL, 24 Feb (Bernama-Xinhua) — Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye, lapor Xinhua memetik media tempatan NTV.

Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (0930 GMT) di sebuah restoran di kawasan perumahan Osmangazi, daerah Gebze, wilayah Kocaeli, lapor NTV.

Pemilik restoran itu dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

Susulan serangan itu, polis dan unit operasi khas segera mengepung kawasan sekitar restoran, sebelum suspek berjaya diberkas. Motif serangan itu masih belum diketahui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan