Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak di pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Miri hari ini. Foto Mohamad Faisal Rambli (TVS)

Tender Lapangan Terbang Baharu Lawas dibuka Jun depan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 24 Feb: Tender bagi projek lapangan terbang baharu Lawas dijangka dibuka pada Jun 2025.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, lapangan terbang tersebut akan dibangunkan di tapak baharu dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Projek lain yang sedang kami usahakan ialah Landasan Limbang akan dipanjangkan daripada panjang sedia ada kepada 1,790 meter.

“Selain itu, ia juga akan melalui proses penurapan semula serta pemasangan lampu di landasan. Itu untuk Limbang. Ia sedia untuk tender dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak di pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Miri hari ini.

Kim Shin menjelaskan, turut dibincangkan projek lanjutan landasan Lapangan Terbang Bario yang kini berada pada fasa 26 peratus siap iaitu satu peratus mendahului jadual.

“Landasan akan dipanjangkan sejauh 265 meter lagi. Selesai pemanjangan, jumlah keseluruhan landasan Lapangan Terbang Bario akan menjadi 930 meter. Kami juga telah membincangkan beberapa kerja tambahan diperlukan.

“Kami sedang memohon kelulusan untuk kerja tambahan tersebut, iaitu tempat letak pesawat serta kerja pembaikan dan peningkatan kemudahan bangunan terminal Lapangan Terbang Bario,” ujarnya.

Menurutnya, penambahbaikan Lapangan Terbang Marudi dan Mulu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Malaysia Airports Sdn Bhd.

Tambahnya, penurapan semula landasan kedua-dua lapangan terbang berkenaan akan dilakukan serta penaiktarafan fasiliti, penyediaan peralatan memadam kebakaran dan pemasangan kelengkapan baharu.

Sementara itu dalam sidang media sama, Kim Shin memaklumkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan menjalankan kajian terperinci berhubung insiden perlanggaran burung dengan pesawat atau bird strike yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurutnya, kajian tersebut penting untuk menilai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan gangguan terhadap operasi penerbangan, khususnya di Lapangan Terbang Limbang.

“Kita telah meminta pegawai dari SFC untuk segera menjalankan kajian mengenai burung-burung ini dan bagaimana langkah-langkah boleh diambil supaya ia tidak menjejaskan operasi lapangan terbang kita kerana kesannya sangat ketara. Di Limbang, terdapat satu kejadian bird strike.

“Ia tidak kerap berlaku, tetapi baru-baru ini kejadian seperti ini mula terjadi. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekarang. SFC perlu kaji burung-burung ini. Adakah ia sekumpulan burung migrasi? Bila lazimnya mereka datang? Ini sangat penting,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan