Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Telok Melano, Damai destinasi pelancongan perubatan bertaraf antarabangsa

ByMadeline Dugat

KUCHING, 24 Feb: Kawasan Telok Melano dan Damai bakal menyaksikan pembangunan pesat dengan pelaksanaan projek infrastruktur serta kemudahan kesihatan yang berpotensi menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak kini sedang merancang membina jalan raya berkembar dan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan dihubungkan dengan kawasan Damai.

“Kita ada dua tempat peranginan yang akan dibangunkan. Sekarang kita membangunkan jalan ‘double carriageway’ dan ART ke Damai dan kedua kita akan membangunakan Telok Melano, Sematan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah untuk Hospital Gleneagles Kuching di Batu Lintang, di sini, hari ini.

Menurutnya, pembangunan kawasan Telok Melano dan Sematan turut mendapat perhatian dengan perancangan pembinaan pusat peranginan dan hotel bertaraf antarabangsa.

“Menariknya, konsep rawatan pasca hospital turut diperkenalkan di kawasan ini membolehkan pesakit yang keluar dari hospital menjalani tempoh pemulihan dalam suasana semula jadi.

“Maknanya, selepas rawatan di hospital, pesakit pesakit boleh menghabiskan masa sehingga seminggu di kawasan yang tenang dalam suasana bukan hospital. Ini sudah tentu memberikan keadaan lebih baik untuk pemulihan pesakit ,” ujarnya.

Abang Johari menjelaskan, kemudahan tersebut sudah pasti akan menarik minat pelancong luar negara untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Jika kita lihat contoh di Maldives, mereka berjaya menarik pesakit dari seluruh dunia untuk rawatan dan pemulihan di pulau-pulau mereka. Doktor dari India dan negara lain datang untuk merawat pesakit di sana. Namun, pesakit perlu menaiki kapal terbang untuk sampai ke Maldives. Kita, ketek saja, dah datang,” jelasnya.

Tambahnya, projek tersebut akan dibiayai sektor swasta sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi kawasan tersebut.

“Selain memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan perubatan, pembangunan ini dijangka membuka peluang pekerjaan khususnya kepada graduan perubatan tempatan.

“Dengan adanya hospital dan kemudahan perubatan swasta ini, graduan dari universiti seperti UNIMAS boleh menjalani housemanship dan internship di sini. Ini akan meningkatkan standard perkhidmatan kesihatan di negeri ini,” kata Abang Johari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan