Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencipta sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pendidikan prasekolah melibatkan pelajar seawal usia enam tahun. Foto Suara Sarawak

Sarawak negeri pertama di Malaysia guna AI dalam pendidikan prasekolah

BySuara Sarawak

KUCHING, 24 Feb: Sarawak mencipta sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pendidikan prasekolah melibatkan pelajar seawal usia enam tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata langkah ini direalisasikan melalui Program ‘KIDS: Bits and Bytes’.

Program tersebut kini menjadi sebahagian daripada Kurikulum Literasi Digital Prasekolah SeDidik.

“Inisiatif di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) ini selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, yang bertujuan memperkasakan generasi muda dengan kemahiran digital sejak usia awal.

“Literasi digital bukan sekadar trend tetapi satu keperluan asas untuk memperkenalkan AI pada peringat prasekolah bagi membentuk kemahiran teknologi serta memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Sarawakian travel destinations

Fatimah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Martina Pometlova selaku Ketua Perkongsian Global Kid Bytes di sini, hari ini.

Menurutnya, kerjasama strategik antara Code.org International dengan Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder ini memberi tumpuan kepada pemikiran komputasional, keselamatan dalam talian serta asas AI bagi pelajar prasekolah.

“Ada anggapan bahawa mereka terlalu muda untuk menyertai program sebegini, tetapi penerapan teknologi pada usia ini sangat penting, kerana ini adalah fasa pembentukan akal fikiran mereka, dan pendedahan awal ini kritikal bagi pembangunan masa hadapan,” jelasnya lagi.

Pada 2024, seramai 721 pelajar SeDidik menerima manfaat daripada program tersebut.

Dalam pada itu, Fatimah menjelaskan bahawa kesinambungan projek perintis ini akan diteruskan melalui program yang bakal diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah.

Ia akan menjadi salah satu penanda aras Pusat Kecemerlangan bagi Generasi Muda SeDidik.

“Tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada terus belajar kerana kita akan mengadakan program alumni prasekolah untuk melihat sama ada bakat, minat dan pengetahuan yang mereka tunjukkan boleh dikembangkan ke tahap maksimum dengan bantuan pakar dalam bidang ini,” ujarnya.

Fatimah turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa terbuka kepada mana-mana program yang boleh membantu anak-anak Sarawak membina keupayaan mereka.

“Kita tidak mahu ada yang ketinggalan dalam memperoleh kemahiran penting.

“Maka usaha ini dari asas dan meningkat tahap demi tahap, agar modal insan Sarawak bersedia mengisi pekerjaan masa hadapan dalam ekonomi baharu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah Program merangkap Pembangun Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder, Scott J. Wong, berkata projek itu akan dinamakan sebagai ‘Bits and Bytes After School Code Clubs’.

“Ini melibatkan 18 sekolah rendah di seluruh negeri terlebih dahulu, kemudian kita akan melihat perkembangannya,” jelasnya.

Sebanyak 435 unit tablet telah diberikan kepada pelajar prasekolah SeDidik sejak 2023.

Daripada jumlah itu, 71 unit digunakan untuk projek perintis, manakala 361 unit lagi diperuntukkan bagi pelaksanaan penuh program ini.

Perkembangan ini membuktikan Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk melahirkan generasi celik teknologi yang lebih berdaya saing pada peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan