Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri, Mohamad Saif Jubaidi. Foto Mohamad Fauzi Jaini (TVS)

Sarawak di landasan tepat kecapi kemajuan sukan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 24 Feb: Sarawak berada di landasan yang tepat dalam mengecapi kemajuan sukan dengan penganjuran pelbagai acara sukan beberapa tahun kebelakangan ini dan yang bakal diadakan pada masa akan datang, kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menjadi antara platform untuk mengukur kesediaan negeri ini dalam sukan-sukan tertentu yang akan dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi.

“Di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED) yang diterajui oleh menteri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mereka sudah merancang (hala tuju sukan).

“Baru-baru ini melibatkan bola lisut yakni dua orang atlet telah terpilih untuk menjalani latihan dan pemilihan di Semenanjung Malaysia, mereka ditaja oleh MySED.

“MySED akan lakukan itu sebagai persediaan untuk SUKMA 2026 dan sudah tentu Sukan SEA 2027,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Miri 2025 di sini, semalam.

Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau turut menyentuh mengenai pelancongan sukan di mana menurutnya, penganjuran SUKMA Sarawak 2024 memberi impak yang cukup besar kepada resit pelancongan.

“Pada penganjuran SUKMA tahun lepas, ramai pemain dan atlet dari pelbagai negeri turun bersama penyokong. Ya, banyak yang datang dan itu sangat penting untuk pelancongan.

“Saya fikir tahun ini, kita akan terus melakukannya. Akan ada lebih banyak acara dianjurkan,” ujarnya lagi.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Kotaras City FC muncul juara selepas mengikat pihak lawan, Upai Semaring FC dengan jaringan 2-0.

Untuk rekod, Kejohanan Bola Sepak Liga Miri 2025 telah bermula pada 18 Januari lepas dan berakhir pada 23 Februari 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan