Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertengkaran melibatkan dua peserta yang telah dibatalkan penyertaan oleh penganjur pertandingan F3 Strike Combat 2025 dikenal pasti sebagai punca pergaduhan tercetus dan tular.

Peserta dibatalkan penyertaan punca tercetus pergaduhan ‘baling kerusi’

ByYusuf Shukri

SHAH ALAM, 24 Feb: Pertengkaran melibatkan dua peserta yang telah dibatalkan penyertaan oleh penganjur pertandingan F3 Strike Combat 2025 dikenal pasti sebagai punca pergaduhan tercetus dan tular.

Ketua Polis Dearth Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penganjur membatalkan penyertaan kerana pihak lawan tidak hadir dan sakit.

“Kedua-dua peserta ini kemudiannya telah bertengkar sesama mereka dan mengajak untuk berlawan di atas gelanggang.

“Tindakan provokasi kedua-dua pihak menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal hingga menyebabkan penyokong masing-masing bergaduh serta membaling kerusi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tengah hari tadi Mohd Iqbal mengesahkan dua individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

Menerusi video tular berdurasi lebih seminit, menunjukkan sekumpulan penonton dilihat saling melakukan provokasi dan membaling kerusi plastik.

Mohd Iqbal memberitahu mangsa yang cedera dalam kejadian ini merupakan seorang lelaki berbangsa India berumur 45 tahun juga peserta dalam pertandingan tersebut.

“Mangsa telah menerima rawatan di sebuah hospital dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Berhubung penahanan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu pada 23 Februari lepas, Mohd. Iqbal berkata, semakan mendapati tangkapan berusia berusia 45 tahun mempunyai empat rekod lampau.

“Tangkapan berusia 40 tahun pula turut memiliki lima rekod lampau masing-masing berkaitan pelbagai kesalahan jenayah,” katanya.

Beliau memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan