Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Alam Bina UNIMAS, Dr Raja Nur Syaheeza Raja Mohd Yazit. Foto TVS

Perubahan iklim menjadi cabaran pembangunan mampan dan inovatif

ByHaleyson Roland

KUCHING, 24 Feb: Pengurusan dalam pembangunan mampan dan inovatif bagi mendepani perubahan iklim di Malaysia terus menjadi keutamaan dalam memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Pensyarah Kanan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Alam Bina UNIMAS, Dr Raja Nur Syaheeza Raja Mohd Yazit berkata, sektor pembinaan dan kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang penting dalam pembangunan yang inovatif.

“Kalau kita melihat kepada skop pembinaan dan kejuruteraan. Jurutera mempunyai tanggungjawab yang inovasi ataupun perkembangan bidang pembinaan struktur. Itu adalah suatu benda yang kita boleh katakan tipikal kerana kejuruteraan lebih kepada sektor pembangunan.” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa inisiatif yang dijalankan Kerajaan Sarawak menggunakan tenaga hijau bagi mendepani masalah perubahan iklim merupakan langkah yang bijak.

“Contoh terbaik yang kita boleh tengok di Malaysia, Sarawak sendiri sudah mewujudkan bas hidrogen, KUTS.

“Dengan pelaksanaan dasar yang berkesan, penggunaan teknologi hijau, serta kesedaran masyarakat yang tinggi, negara ini berupaya mencapai keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Beliau menyatakan bahawa dalam pengurusan pembangunan yang mampan, kekurangan kos dan kepakaran yang menjadi penghalang dalam mencapai matlamat tersebut.

“Kita sudah ada teknologi, cuma teknologi itu tidak mampu milik. Pakar belum cukup, kajian sudah dibuat. Selama saya dalam bidang akademik, pelajar-pelajar yang ramai mengeluarkan tesis mengatakan untuk pembangunan mampan dilaksanakan yang dulunya mengatakan bahawa kita kurang kesedaran, namun sekarang, masalah kita adalah kos dan kepakaran,” ujarnya.

“Kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat, amat diperlukan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan