Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi berucap pada pelancaran Kursus AI In The Newsroom anjuran BERNAMA di sini, hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Organisasi media disaran wujudkan CISO, lindungi data kritikal

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Organisasi media di negara ini disaran membuat pelaburan dengan mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pengwujudan jawatan tersebut mustahak bagi melindungi data kritikal yang dihasilkan oleh syarikat media berkenaan.

“Ini sangat penting sebab kita (kerajaan) sudah pinda Akta Perlindungan Data Peribadi dan kita tahu , data ini termasuk yang dijana oleh syarikat media sangat berharga.

“Jadi, kalau ada CISO, kita boleh jaga hasil itu dan boleh memanfaatkannya,” katanya kepada media pada pelancaran Kursus AI In The Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan organisasi media untuk melaksanakan perancangan dan pelaburan dalam transformasi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan profesional media.

Fahmi bagaimanapun berkata pelaburan yang dirancang perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan semasa industri AI.

“Namun perancangan ini tidak boleh terlalu bergantung kepada satu platform AI sahaja. AI sekarang sedang mengalami kejutan.

“Organisasi perlu berhati-hati dalam membuat pelaburan dalam beberapa aplikasi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan