Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata bandar raya Miri berpotensi besar untuk muncul sebagai hab sukan golf. Foto Mohamad Fauzi Jaini (TVS)

Miri berpotensi jadi hab sukan golf di Malaysia

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 24 Feb: Bandar raya Miri berpotensi besar untuk muncul sebagai hab sukan golf di negara ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata Miri mempunyai seorang pemain golf wanita amatur yang kian menempa nama di pentas antarabangsa, Mirabel Ting yang kini berada di ranking amatur ketiga dunia.

Menurutnya kejayaan gadis 19 tahun itu menjadi contoh dan sekali gus bakal membuka peluang buat anak-anak muda lain yang ingin menceburi sukan golf.

“Kelab Golf Miri telah menganjurkan Kejohanan Golf Amatur Junior Piala Pusingan Datuk Sebastian Ting untuk 18 tahun, kecuali pada 2020 dan 2021 kerana COVID-19.

“Kejohanan ini menghasilkan pemain golf yang cukup baik. Mirabel sendiri telah memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Miri 2025 di sini semalam.

Selain itu beliau turut menambah, sukan skuasy dan pickleball turut berpotensi untuk dikembangkan di bandar raya Miri memandangkan sukan tersebut mempunyai peminatnya tersendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan