Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat kepada 3,725,894 pada 2024, dengan peningkatan memberangsangkan sebanyak 130.9 peratus tahun ke tahun, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Foto hiasan, Envato.

Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat 130.9 peratus pada 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat kepada 3,725,894 pada 2024, dengan peningkatan memberangsangkan sebanyak 130.9 peratus tahun ke tahun, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Peningkatan ini, didorong oleh kesinambungan dasar bebas visa untuk warga China sehingga Disember 2026 dan peningkatan kesalinghubungan udara, dijangka mempercepat pertumbuhan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan kementerian itu lewat Ahad.

Membina pertumbuhan kukuh ini, China Eastern Airlines melancarkan penerbangan sulungnya yang menghubungkan Xi’an, ibu kota Wilayah Shaanxi di barat laut China, ke Kuala Lumpur, melalui bandar raya Kunming di barat daya China, pada Ahad.

“Xi’an berfungsi sebagai hab bandar yang penting di barat laut China, menyaksikan pertumbuhan penduduk yang pesat, terutamanya dalam kalangan keluarga kelas menengah dengan peningkatan pendapatan boleh guna. Demografi ini berkemungkinan mempunyai sumber untuk melancong ke luar negara yang menjadikan mereka antara sasaran utama untuk kempen pelancongan,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan