Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap pada sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran AI in the Newsroom di sini, hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Kementerian Komunikasi, TikTok perhalusi fungsi akaun milik organisasi media

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kementerian Komunikasi akan bertemu pengurusan TikTok bagi memperhalusi fungsi akaun milik syarikat media yang memuat naik pelaporan berita di platform itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu perlu dilaksanakan susulan 18 akaun organisasi media dihapuskan oleh TikTok baru – baru setelah membuat pelaporan di platform itu berkenaan kes cabul di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Jelas beliau, kandungan sama telah dimuat naik oleh organisasi media terlibat di platform media sosial lain namun tiada sekatan dikenakan.

“(Oleh itu) kementerian telah berhubung dengan pengurusan TikTok sejak semalam bagi mendapatkan kepastian punca penghapusan akaun-akaun tersebut,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran AI in the Newsroom di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI, Simon Sun.

Sementara itu, kata Fahmi kemungkinan punca penghapusan adalah disebabkan oleh algoritma kecerdasan buatan (AI) media sosial tersebut.

“Kadang-kadang AI jauh tersasar, tak faham bahawa pelaporan organisasi media berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh akaun biasa,” katanya.

Jelasnya, 18 akaun TikTok yang dihapuskan itu adalah termasuk akaun rasmi milik BERNAMA. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan