Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dalam sidang media berkenaaan Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Banda Raya Miri edisi ke-13 di sini, hari ini. Foto TVS

Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri tarik penyertaan pemancing global

ByZhahrulniza

MIRI, 24 Feb: Bandar raya Miri sekali lagi menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa yang akan diadakan bermula 20 hingga 24 Mei depan memasuki edisi ke-13 pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kejohanan kali ini dijangka menarik penyertaan seramai 100 pemancing dari dalam dan luar negara termasuk China, Hong Kong, Singapura, Brunei dan negara jiran lain.

“Perairan Miri terkenal dengan biodiversiti marin yang kaya dan menjadi lokasi tumpuan pemancing antarabangsa sejak sekian lama.

“Kejohanan tahunan ini bukan sahaja mempromosikan aktiviti rekreasi memancing tetapi juga memperkukuh kedudukan Miri sebagai destinasi utama pelancongan marin di rantau ini,” katanya dalam sidang media berkenaaan Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Banda Raya Miri edisi ke-13 di sini, hari ini.

Kejohanan ini mula diperkenalkan pada 2007 ini bertujuan mempromosikan Miri sebagai destinasi memancing bertaraf antarabangsa selain membantu meningkatkan ekonomi setempat.

Selain itu tambahnya, pertandingan ini juga dijangka memberi impak positif kepada ekonomi tempatan khususnya dalam sektor penginapan, makanan dan pelancongan.

“Kita berharap kejohanan ini bukan sekadar platform untuk pemancing bersaing tetapi juga dapat menyokong industri pelancongan tempatan termasuk sektor perhotelan dan makanan,” tambahnya.

Lebih menarik, kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.

Manakala hadiah khas sebanyak RM3,000 ditawarkan kepada peserta yang berjaya memecahkan rekod tangkapan terberat 70.8 kilogram yang dicatatkan pada tahun 2015.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman rasmi penganjur iaitu Kelab Pemancing Miri Sarawak (Miri Anglers Club) atau menghubungi pihak penganjur untuk pendaftaran.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka akan turut hadir merasmikan kejohanan tersebut pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan