Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' berbentuk mata. Foto Media sosial

Insiden kanak-kanak tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menzahirkan rasa simpati dan ucap takziah kepada keluarga pelajar berumur 10 tahun yang tercekik selepas memakan gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata dan telah meninggal dunia seperti yang dilaporkan di pelbagai platform media.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin memaklumkan bahawa saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 kecuali bagi “konfeksi jeli terkawal” dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter hendaklah dilabel dengan “AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”.

Siasatan mendapati produk ini telah menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

KKM menegaskan bahawa produk ini adalah dilarang penjualannya di semua platform atas talian dan pasaran domestik, serta tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan tersebut.

Dalam masa yang sama, orang ramai terutama ibu bapa adalah diminta untuk memantau dan menasihati anak-anak supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan, terutama makanan yang mempunyai risiko tercekik. Bahaya tercekik adalah satu risiko yang signifikan, terutama dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Risiko ini meningkat apabila makanan tidak dikunyah dengan sempurna atau ditelan secara keseluruhan. Insiden tercekik lebih kerap berlaku dengan makanan yang keras, kenyal, kecil dan berbentuk bulat yang mudah tersekat di saluran pernafasan.

Sebarang pengambilan apa-apa makanan oleh kanak-kanak hendaklah berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga. KKM akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan atau melihat sendiri insiden keselamatan makanan, mereka juga boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM serta Facebook PKKM seperti berikut:

SISPAA KKM: moh.spab.gov.my

Facebook PKKM: facebook.com/bkkmhq -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan